Monday 6 January 2014

Selamat Pagi, Kedudukan Hebat.

Setiap hari di depan cermin, aku akan tanamkan kata-kata penghapus semangat dalam diri aku. Contohnya; 

1. Kau tu bukan sesiapa.
2. Apa yang kau ada, semua orang pun dah lama ada.
3. Kau tak ada lah cantik mana.
4. Lubang pori-pori muka kau semakin hari semakin besar dan semakin menyakitkan hati.
5. Duit kau sikit.
6. Bos-bos kat opis rasa kau kuat mengular.
7. Umur kau dah 25, tapi ini je pencapaian kau?
8. Ya Allah, badan kau ni tak boleh lagi gemuk ke?
9. Betul ke Azan tu nak dekat kau? Ke sebab dia kesian je?

Dan paling utama.. 

10. Kau belum kahwin lagi. So kau takkan paham. Kau takkan paham perasaan orang dah kahwin. KAU TAKKAN FAHAMMMM, FAHAM TAK?!!!

Tujuan aku menghina dan menanamkan sifat benci diri sendiri ini adalah kerana aku memang benci kan diri aku sendiri, dan aku mahu sentiasa didik diri aku untuk merendah diri. Sebabnya aku memang rendah hina tiada sesiapa walaupun fizikalnya aku tinggi dan sungguh atletik. Pengsan.

Satu benda yang merunsingkan aku di bumi ciptaan Tuhan maha besar ini ialah apabila orang-orang di sini kerap mengeluarkan ayat seperti; 

"Kau dengki terhadap aku, lantas kau mahu menjatuhkan aku."

Soalan aku terhadap ayat yang merungsingkan ini ialah;
--> kedudukan apakah yang kau rasa kau sedang berada sekarang yang gamaknya semua orang mahu menjatuhkan engkau?"

Pilihan jawapan adalah seperti berikut;
(a) kedudukan tinggi dan hebat
(b) kau perasan kau berada di kedudukan tinggi dan hebat
(c) bersekedudukan
(d) ayam golek pasar malam sg penchala.

Aku tak pernah rasa pun ada orang nak jatuhkan aku sebab aku sentiasa baring. Ahahahahaha. Kelakar tak? Kelakar tak? Tak kelakar? Fine.

Ok bye.


Sent from Samsung Galaxy Note

No comments:

Post a Comment