Tuesday 20 January 2015

selamat sore, pegawai.

tadi aku masa meeting practitioner aku terjumpa marsuki. marsuki si misai charlie chaplin bibir goyang berlagaknya tahap subhanallah.

dia dengan berlagaknya angkat tangan, aku pun angkat tangan. dalam kepala otak aku duk bertanya;

"apa mamat senget ni buat kat sini?"

aku punya lah bajet dia mmc-gamuda ke, mrt corp ke, rupa-rupanya marsuki adalah eo dekat v6. mrt area rumah makpak aku. viaduct ke station ke entah aku tak sure sebab masa attendance viaduct dia pergi angkat tangan pastu station pun dia angkat tangan gak. dia cover semua agaknya. hewhewhew.

oleh kerana dia 1st time datang practitioner, dia kena perkenalkan diri. tu pun berlagak jugak, siap duduk seat depan-depan. aku dah 29 kali datang practitioner, tak berlagak pun.

hmm. antara ayat-ayat marsuki yang pernah menggegarkan otak aku adalah;

"when i was work at jkr, i do bla bla bla" - dia nak bagitahu dia pernah kerja jkr pastu dia kata english dia power, aku taktau nak respon apa.

"mengikut experience aku, aku ni dah patut jadik manager, bukan officer kau tahu?" - tu dia cakap kat aku 2 tahun lepas, sekarang pun dia officer lagi. hewhewhew.

"kau rasa umur aku berapa? 20lebih kan? bini aku dah 2 wehhh." - aku teka dalam hati 40, tapi sebab aku ni baik aku jawab "entah". pastu bini 2, so?

lepastu dia boleh bagitahu instructor cesswi masa training tu dia ingat semua perempuan dalam kelas tu nak kat dia. masa tu aku terus muntah dalam mulut, pastu aku telan balik. lepastu, kau tahu apa lepastu? lepastu dia tak pass training tu. hewhewhewhew.

aku pass.

dia tak pass.

hewhewhew.

ok lah. tu je. ok bye.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment